RUMUSAN
1. Daripada perancangan yang telah dihasilkan, kami berpendapat bahawa sebuah syarikat perniagaan yang berasaskan perkhidmatan membekal penghawa dingin, pemasangan dan menyelenggara alat penghawa dingin mampu untuk melangkah jauh dalam bidang perniagaan ini dan bersaing secara sihat dengan syarikat-syarikat lain. Dengan modal yang mencukupi dan komitmen yang padu daripada setiap pekerja, maka kami optimis dengan perniagaan yang akan kami ceburi ini.
2. Perniagaan ini mempunyai potensi untuk berjaya walaupun tidak ramai usahawan bumiputera yang berani menceburi bidang perniagaan ini. Disamping itu perniagaan ini tidak memerlukan modal yang terlalu besar serta kakitangan yang ramai.
3. Dalam pengalaman dan cara pemasaran yang betul yang telah kami atur, kami mampu untuk bersaing dengan syarikat-syarikat yang telah sedia ada. Dalam bahagian operasi kami menggunakan tenaga pekerja-pekerja yang mahir dan yang terlatih. Dengan ini kami berupaya memberi perkhidmatan yang berkualiti. Kami juga amat yakin bahawa perniagaan ini akan terus berkembang lagi di masa depan.
No comments:
Post a Comment